Fasiliti dan Pemandangan Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Pelan asal pemandangan SESTAPemandangan yang dapat dilihat di SESTA. Berikut adalah Dewan SESTA dan bulatan dihadapnnya. Kini, bulatan tersebut sudah bertukar wajah.

Sekolah ini telah dibina sesuai dengan gaya semasa pada tahun-tahun pembinaannya, canggih dan ringkas strukturnya. Bentuk jalan sekolah ini dikatakan menyerupai struktur raket tenis dan kunci. Hal ini kerana apabila sampai ke pintu pagar, terdapat sebatang jalan yang lurus sehingga menghampiri sebuah bulatan di hadapan Dewan SESTA. Selepas itu terdapat sebatang lagi jalan, berlekuk membentuk bulatan yang mengelilingi blok akademik sekolah ini. Dikiri dan kanannya adalah blok kediaman guru,staf dan juga asrama.

Kawasan Akademik

Kawasan Akademik terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Wisma Iltizam


Disinilah terdapat bilik-bilik darjah, kesemuanya ada 30 buah.

.

  • Wisma Cendekiawan

Disini pula terdapat bilik khas untuk eksperimen atau aktiviti pembelajaran yang khusus untuk satu-satu pembelajaran. Segala peralatan untuk pembelajaran disimpan dan digunakan di sini.

ArasBlok Makmal KiriBlok Makmal TengahBlok Makmal Kanan
Satu/ BawahBengkel Kemahiran Hidup (ERT 1 dan 2), Bilik Seminar PIBGBilik Kokurikulum, Bilik Muzik, Blik Matematik, Bilik Sejarah, Bilik GeografiStudio Inovasi, Studio Seni, Stor Alatan Kebersihan
DuaMakmal Sains Paduan 3, Makmal Biologi 1Bilik Pengurusan Buku Teks, Bilik Pendidikan Islam, Makmal Bahasa, Studio TariMakmal Sains Paduan 1 dan 2
TigaMakmal Biologi 2 dan 3-Makmal Fizik 1 dan 2
EmpatMakmal Kimia 1 dan 2-Makmal Kimia 3, Makmal Fizik 3
Panorama Blok Blik Darjah/Blok Akademik.

Terdapat juga beberapa blok-blok lain, seperti:

  • Wisma Pendidik

Blok ini menempatkan bilik-blik khas untuk pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah.

ArasUrutan Bilik dari Kiri(berdekatan Dewan SESTA) ke kanan
Satu/BawahBilik Pengajaran Alaf Keduapuluhsatu/PAK21, Bilik Setiausaha Peperiksaan, Koperasi SESTA, Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik BAKTI/Pengawas, Bilik Galeri
DuaPejabat(Blik Pengetua, Bilik Penolong Kanan Pentadbiran, Bilik PK HEM, Bilik PK Koku, Bilik Guru Kanan Sains dan Matematik, Bahasa, Vokasional dan Kemanusiaan, Ruang Fotokopi
TigaBilik Guru
  • Wisma Inovatif

Blok ini menempatkan bengkel teknikal untuk pembelajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada tiga bengkel kesemuanya.

  • Wisma Intelektual

Blok ini adalah gabungan Pusat Sumber di aras satu dan pusat ICT di aras dua.

  • Dewan Seri Bitara dan Dataran Ilmu

Dewan SESTA merupakan ruang utama bagi sebarang acara rasmi sekolah dan juga kelas-kelas berskala besar. Dewan ini boleh juga digunakan untuk tujuan awam atas kelulusan pihak atasan. Dewan ini selalu juga digunakan sebagai ruang aktiviti badminton pada waktu riadah.

Dataran Ilmu memisahkan antara Dewan SESTA dengan Blok Bilik Darjah. Disini, perhimpunan juga boleh dilakukan dan selalu digunakan untuk tujuan tersebut.

  • Anjung Selera

Kawasan Asrama

Kawasan asrama merupakan kawasan utama dimana pelajar menjalankan aktiviti peribadi mereka dan juga merupakan salah satu pusat sosial dan ibadah. Kawasan ini terdiri daripada beberapa tempat.

  • Villa Putera dan Puteri

Asrama-asrama ini hanya ada satu blok untuk setiap jantina, dan mempunyai ciri-ciri yang sangat serupa kecuali di beberapa kawasan. Bagi Aspura:

Bahagian
ArasCresendoAllegroSpiritoPresto
BawahBilik warden, Bilik ICT, Pejabat Penyelia, Bilik PengumumanBilik Gerakan RumahBilik Gerakan Rumah, Bilik TetamuKoperasi Asrama dan Bilik Bacaan
DuaDorm C1-C4Dorm A1-A4Dorm 21-24Dorm 17-20
TigaDorm C5-C8Dorm A5-A8Dorm 37-40Dorm 33-36
EmpatDorm C9-C12Dorm A9-A12Dorm 54-56Dorm 41-43
  • Surau At-Taqwa
  • Dewan Makan

Dewan Makan dan Surau memisahkan antara Villa Putera dan Puteri.